Khamis, 11 Oktober 2012

2 ulasan:

  1. Sayang Nabi: Dari Nurani Ke Demonstrasi

    admin / September 20, 2012

    SAYANG NABI: DARI NURANI KE DEMONSTRASI
    Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
    (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

    Innocence of Muslim adalah sebuah karya bangsat yang menjijikkan. Ini diakui oleh banyak pengkritik filem di Barat sekalipun. The New York Daily News menyebutnya sebagai “an obscenely inept vanity project” that is “far beneath any reasonable standard of movie-making”.

    Saya tidak bersetuju apabila seorang MP DAP menyatakan demonstrasi aman bantahan terhadap filem ‘Innocence of Muslims’ hanya membuang masa umat Islam. Kenyataannya itu tidaklah begitu jauh dari ‘fatwa’ beberapa ahli agama muda UMNO yang mengharamkan semua jenis demonstrasi aman sekalipun untuk melahir bantahan penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pandangan mereka juga telah saya tidak setuju sejak dahulu.

    Saya tidak pasti apakah tujuan MP DAP tersebut membuat kenyataan itu sedangkan PR sebelum ini berkempen untuk rakyat turun ke jalan menyatakan bantahan mereka dalam pelbagai perkara. Tidak pula tokoh DAP yang anggota PR berkenaan menyatakan rakyat telah buang masa dengannya dan sepatutnya mencari pendekatan yang lain.

    Namun apabila tiba kepada perkara yang sensitif bagi umat Islam, maka timbul pandangan bahawa itu membuang masa. Sebagai rakyat Malaysia, ahli politik lagi, beliau sekalipun bukan muslim patut tahu bahawa insan yang bernama Muhammad bin ‘Abdullah itu lebih lebih berharga dari segalanya dalam kehidupan muslim.

    HARAM, HARAM, HARAM

    Saya juga tidak setuju dengan sekumpulan agama dalam UMNO yang sibuk untuk mengharamkan demonstrasi aman membantah filem yang menghina Nabi s.a.w kerana kononnya itu tidak pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan bukan amalan salafussoleh. Malangnya, mereka tidak bising apabila kerajaan saban tahun membuat sambutan maulid yang mengandungi perhimpunan, perarakan, kibaran slogan dan bendera dan pelbagai lagi.

    BalasPadam
  2. “dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

    BalasPadam